Permohonan
tersebut akan ditapis dan dipilih dalam dua peringkat oleh dua badan khas
iaitu;
Jawatankuasa Pemilihan Peringkat
Negeri dipengerusikan oleh Menteri atau Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.
Ahli-ahlinya terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian-Kementerian.
Jawatankuasa ini berperanan mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan
permohonan yang layak diperuntukkan rumah kedai.
KRITERIA PEMILIHAN
Kriteria-kriteria dan garis
panduan untuk mempertimbangkan permohonan adalah seperti
berikut:-
Pemohon yang berjaya mendapatkan rumah kedai daripada Syarikat ini diberi pinjaman Syarat mudah dengan kadar Yuran Pengurusan sebanyak 5-6 peratus setahun. Mereka diberi masa tangguhan (Grace Period) 3 bulan sebelum mula menjelaskan ansuran bulanan.
Tempoh pembayaran balik adalah berbeza-beza mengikut struktur/binaan bangunan. Rumah kedai sementara atau separuh tetap diberi tempoh pembayaran selama 10 atau 15 tahun dan bangunan tetap selama 20 tahun. Tempoh pembayaran balik pinjaman serta
Yuran Pengurusan akan dikaji dari masa ke semasa mengikut kesesuaian keadaan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan skim "Soft Loan" ini telah
membolehkan Bumiputera memiliki rumah kedai yang lebih terancang dan
kondusif sama ada di bandar atau luar bandar. Namun demikian Syarikat ini
amat perlu mendapatkan semula kutipan pinjaman daripada peniaga-peniaga
yang telah memperolehi peruntukan rumah-rumah kedai tersebut. Dengan
aliran kewangan yang lebih anjal melalui pungutan semula pinjaman,
Syarikat ini yakin dapat memainkan peranan lebih efisyen bagi
merealisasikan pewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera di Negeri Sabah.